Monday, 26 December 2016

UITM Dungun ( Kolej )

Assalamualaikum readers. :D 

UITM DUNGUN.

Entry harini Tiha nak share pasal tempat Tiha menuntut ilmu.

Alhamdulillah, sekarang Tiha dah masuk semester ke-2 sebagai pelajar UiTM. 
Selepas dapat keputusan UPU bulan Mei lepas (kalau tak silap) , ditakdirkan Tiha menuntut ilmu dekat UiTM Dungun ni. 

Secara jujurnya, negeri Terengganu sememangnya menjadi pilihan dan harapan Tiha untuk futher study sebab 


  • DEKAT DENGAN KELANTAN ( PARENTS SENANG NAK DATANG MELAWAT) 
  • SEPUPU-SEPUPU, AUNTIES, UNCLES RAMAI DEKAT SINI
  • BANYAK PANTAI :p
  • TAK BANYAK PUSAT HIBURAN

Tu je kot dulu setakat ni xD 
Bila dapat je keputusan UPU tu, bersyukur sangat sebab Allah makbulkan doa Tiha untuk sambung belajar dekat Ganung Kitaaa dan juga kos pilihan pertama yang memang Tiha nak sangat-sangat.


Menjejaki kaki ke bumi Dungun, umum tahu lah kan kampus dungun betul-betul 
tepi pantai je! Dengusan ombak membelah sunyi pagi petang malam kami. Giteeww~

Mula-mula hari daftar tu sangatlah excited sebab jakun kan dekat Kelantan ada berapa je pantai and pergi pun 5tahun sekali je entahlah sebab apa xD 


KOLEJ 

UiTM Dungun ada beberapa kolej dimana nama setiap kolej tu semua nama-nama Pantai.
Antaranya :


  • KOLEJ REDANG

Gambar dari blog HAZIZI KHAIRY . Boleh jenguk-jenguk Blog senior kita ^_^ 

  • KOLEJ PERHENTIAN 
Encik Google punya gambar


  • KOLEJ GEMIA
Encik Google jugak

  • KOLEJ KAPAS

  • KOLEJ TENGGOL
Ni pun sama encik google


  • KOLEJ DUYUNG
Yang ni juga encik google


Penempatan kolej tu bukan sesuka hati je nak pilih kita nak kolej mana tauu.
Merit, Jawatankuasa, Sakit Kronik, Sukan dan sebagainya tu diambil kira untuk penempatan kita.

Merit? Merit tu mende Mek wei?

Merit tu nilai yang kita dapat selepas kita join sesuatu aktiviti. :) 
Korang join aktiviti apa-apa je korang akan dapat merit daripada pihak penganjur.
Giteeww~

Tiha alhamdulillah sem 1 sampai sem 5 akan stay dekat Kolej Kapas sebab ada masalah kesihatan :) 

Tu je kot sedikit perkongsian Tiha untuk yang memerlukan info pasal UiTM Dungun.
Lain hari Tiha sambung lagi yaw. In shaa Allah :)

1 comment:

  1. Hai cik fatihah.. Saya follow blog awak.. Jom follow blog saya pulak

    ReplyDelete

 
Copyright © 2016 Fatihah Azri. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.